Followers

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul.


KAHERAH, 22 Nov - Adik Sofiyatul Ulya anak kepada pasangan suami isteri Saudara Mohd Faizol dan Siti Anisah Ahmad, mantan Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2009 telah dimasukkan semula ke hospital pada hari sabtu lepas.

Pada awal kelahirannya sebelum ini, adik Sofiya telahpun menjalani pembedahan kerana masalah saluran pemakanan dan pembuangan najis. Tetapi beberapa hari yang lalu adik Sofiya mengalami batuk-batuk yang berlarutan dan sesak nafas.

Selepas mendapatkan pemeriksaan daripada beberapa buah hospital, adik Sofiya ditahan di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Universiti Tanta kerana disahkan mengidap penyakit Pneumonia (jangkitan pada peparu).

Selepas mengetahui berita adik Sofiya ini, Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM, Saudari Norhafiza Abdul Wahab dan Ketua Unit Kebajikan dan Kemanusiaan HEWI PMRAM, Saudari Nor Hasyimah Hassan telah turun ke Tanta untuk menjenguk keadaan adik Sofiya pagi semalam.


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, melihat kepada penderitaan adik Sofiya dan ujian yang ditanggung oleh abi ummi adik Sofiya yang sangat kuat dan tabah bersengkang mata menjaganya, dan berulang alik daripada rumah ke hospital kerana si kecil tersayang.

Barisan kepimpinan PMRAM Pusat beserta ahli PMRAM mendoakan agar adik Sofiyatul Ulya kembali sihat seperti bayi-bayi yang lain.

Turut serta menziarahi adik Sofiya ialah wakil mutazawwijin Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT), Saudara Che Engku Omar bin Che Engku Mahmod dan isteri, Dayang Siti Noraini Awang Damit Yahya dan Saudari Fatimah Salwani Abdullah iaitu mantan penasihat HEWI PMRAM, juga selaku ahli KPT serta Ketua HEWI KPT, Saudari Tengku Fatimah.


sumber:[sini]