ASAL FOTO INI ADALAH BERTUDUNG SEMPURNA, NAMUN TELAH DIEKSPLOITASI MELALUI TEKNIK SUPER IMPOSE DAN SINAR X-RAY UNTUK MENAMPAKKAN BAHAGIAN DALAMAN. MAKA KEPADA PARA MUSLIMAH DIKASIHI ALLAH SEKALIAN ,TOLONG DELETE FOTO-FOTO ANDA DALAM MANA-MANA LAMAN PERIBADI ANDA SEPERTI fACEBOOK ,BLOG @ fRIENDSTER SEBELUM MENJADI MANGSA DAN FOTO-FOTO ANDA TERSEBAR DI INTERNET OLEH MUSUH2 ISLAM DAN KAKI PORNOGRAFI
Ulasan~
Berdasarkan pandangan saya, mungkin proses eksploitasi ini tidak dapat dilakukan jika mana gambar ini sudah tetap..namun sebagai langkah berjaga-jaga, seelok-eloknya tidak wajarlah bagi seorang muslimah mempamerkan gambarnya kepada bukan mahramnya. Jika difikir-fikirkan, kenapa sibuk mempamerkan wajah pada orang tatapan ramai ?..nak tunjuk cantik?Hmmm..cukuplah pamerkan pada suami kalian nanti..renung-renungkanlah. Wallahua'lam.
Usrah berasal dari perkataan Arab yang ertinya keluarga. Ia merupakan satu proses pentarbiyyahan individu muslim secara berkumpulan bagi menghayati dan memahami agama Islam secara syumulnya dan seterusnya melahirkan generasi yang soleh dan solehah. Usrah bukanlah semata-mata suatu pertemuan yang diadakan sebagai medan perbincangan ilmu atau peringatan tetapi sebenarnya lebih itu. Firman Allah SWT:Maksudnya.
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)”.
Al-Ma'idah (5:2)
Asal usulnya bagaimana?
Sebenarnya konsep usrah ini telah dipelopori oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Sirah telah membuktikan bahawa baginda sendiri telah berusrah bersama-sama para sahabat di rumah Al-Arqam Abi Al- Arqam ketika permulaan agama Islam di kota Mekah. Konsep usrah ini seterusnya telah dihidupkan semula oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna setelah kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924.
Rukunnya apa eh..?
Ta`aruf ( Berkenalan )
Tafahum ( Bersefahaman )
Takaful ( tolong – menolong )
Kenapa mesti Usrah? Bagaimanapentarbiyyahan yang lain?
Usrah dianggap sebagai tunjang tarbiyyah kerana cara ini paling berkesanberbanding cara pertarbiyyahan yang lain seperti kuliah, forum, ceramah, tamrindan sebagainya.Kata murabbiku..
“Invividu yang lahir dari pentarbiyyahan secara usrah yang istiqomah berbeza sekalidengan individu yang hanya menyertai kem-kem pentarbiyyahan”
Usrah juga dapat memupuk ukhwwah atau persaudaraan sesama kita dengan lebih utuh kerana di sana terdapat perhubungan dua hala atau berbentuk perbincangan yang sihat antara naqib dan ahli. Firman Allah Taala:
Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Al-Hujurat: 10)
Menerusi cara sebegini juga, seseorang itu dapat memaksimumkan kefahaman mereka berkenaan sesuatu perkara mengenaiagama Islam dengan lebih efisen dan pantas.
Kesimpulannya.
Tarbiyyah bukanlah suatu proses pembelajaran ilmu semata-mata. Ia menuntut kepada perubahan pada diri seseorang. Kepentingan tarbiyyah kepada ahli-ahli gerakan Islam tidak boleh dinafikan lagi. Sedarlah saudara,diantara sekian banyak cara tarbiyyah, usrah adalah yang paling penting dan berkesan sekali. Justeru itu, ia amat perlu dihidupkan dengan sebaiknya dan mengikut kaedahnya yang sebenar. Semua pimpinan dan ahli-ahli bertanggungjawab di dalam hal ini. Adapun cara-cara tarbiyyah yang lain adalah tidak kurang pentingnya, tetapi ia hanyalah sebagai pelengkap atau tambahan kepada program tarbiyyah yang bersifat harian atau mingguan.
Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada kita untuk memahami dan menghayati Islam yang sebenarnya. Amin…
Seorang Penuntut Ilmu dari Anjung Al Atrak,Masjid Al Azhar,Masjid Al Asyraf.Ijazah Sarjana Muda Kuliah Syariah Wal Qanun,Syu'bah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar As-Syarif,Kaherah,Mesir.