Followers

Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

Pesan Tok Guru


Bersempena dengan peristiwa turunnya Al Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS disegenap lapisan peringkat untuk memanafaatkan baki Ramadhan yang tinggal ini agar ianya diisi dengan amal soleh dan mampu untuk menghampirkan diri kita kepada Allah SWT.

Selain dari itu, saya juga ingin memperingatkan kepada seluruh ahli, petugas dan para pimpinan yang berhadapan dengan masyarakat awam Islam dan bukan Islam agar sentiasa bertindak dengan cermat berdasarkan ilmu yang jelas dan penuh hikmah dalam segala bentuk pertuturan, perancangan, tindakan, pemantauan dan penguatkuasaan bagi menjalankan amanah kemenangan yang diberi oleh Allah SWT di segenap ceruk dalam negara kita ini.

Janganlah kita bertindak dengan cara yang disangkakan beroleh kebaikan, akan tetapi natijahnya menyebabkan kita sibuk diasak oleh musuh menerusi media yang tidak memihak kepada kita, dan terpaksa pula kita menghabiskan masa untuk menjawab dan mempertahankan sesuatu isu yang ditimbulkan itu. Sesuatu tindakan yang pada asalnya dibolehkan sekalipun, akan tetapi jika menyebabkan polemik dalam masyarakat, malah merugikan pula dari sudut pandangan siyasah umum, maka lebih baik ianya dielakkan. Apatah lagi dalam tindakan yang boleh mendatangkan fitnah kepada organisasi parti PAS itu sendiri. Semuanya perlu dipertimbangkan bagi menjaga maslahat umum seperti disebutkan di dalam kaedah fiqh :

Almaslahatul 'ammah muqaddamah 'ala maslahah khasah (Maslahat umum diutamakan dari maslahat khas) dan Dar'ul mafasid muqaddam 'ala jalbil masalih (menolak keburukan diutamakan daripada mengambil maslahah).

Selagi mana ia bukanlah satu perkara yang bersifat prinsip, atau sesuatu hukum yang qat'i, maka kaedah tersebut perlulah diguna pakai dalam tindakan-tindakan kita sebagai pejuang Islam, termasuklah dalam proses kita memperkasakan parti di peringkat Cawangan dan Kawasan. Semoga segala tindakan kita sentiasa dipimpin oleh syariat dan mendapat petunjuk dari Allah SWT.


Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Category: 0 ulasan

Pantun Ala Azhari


Kubuka pantun dengan Bismillah,

Agar kita mendapat berkah,

Hendaklah kita bermuhasabah,

Amal ditingkat taqwa ditambah,


Pelajar’ medic’ semakin bertambah,

Pelajar Azhari semakin rebah,

Tinggalkan dosa dan juga salah,

Kepada Allah meminta taubah.


Wahai sahabat dan sahabiah,

Jangan sesekali tersalah langkah,

Teguhkan tauhid serta aqidah,

Usahlah diturut firqah yang salah.


Pergi ke Azhar naik tut tut,

Tambang mahal memang tak patut,

Ilmu agama wajib dituntut,

Walaupun jauh di sebarang laut,


Sarapan pagi ‘ish dan ful,

Makan bersama Ust Syamsul.

Hendaklah islam difaham syumul,

Seperti mana kehendak Rasul,



Siapa tak kenal Ust Manan,

Penjual ‘expert’ jam tangan,

Taat dan patuhlah pada pimpinan,

Selama Al-Quran jadi pegangan.



Bilangan banyak tidak berguna,

Bila ‘wahan’ datang menimpa,

Takutkan mati, cintakan dunia,

Sangat merosak iman di dada.



Ilmu agama beransur hilang,

Para ulama’ kian berkurang,

Ilmu dunia semakin cemerlang,

Jadi tumpuan semua orang.


Langkah Yahudi jangan diturut,

Jalan Nasrani jangan diikut,

Kenapa kita mesti melutut,

Kepada bangsa bersifat taghut,


Al-Quran itu kalam ilahi,

Pedoman hidup kekal abadi,

Hadis junjungan jangan dinafi,

Jika kita tidak mengerti.


Ramai insan tiada tujuan,

Bila agama sudah dilupakan,

Marilah kita cuba hidupkan,

Sunnah junjungan syariat tuhan.


Memang nafsu susah diatur,

Cinta dunia sudah dilebur,

Jangan biarkan hati ini lebur,

Nanti diseksa di alam kubur.


Jalan-jalan tepi perigi,

dalam perigi ada ikan keli,

Rasanya cukaplah setakat ini,

Moga jumpa dilain hari...