Kubuka pantun dengan Bismillah,
Agar kita mendapat berkah,
Hendaklah kita bermuhasabah,
Amal ditingkat taqwa ditambah,
Pelajar’ medic’ semakin bertambah,
Pelajar Azhari semakin rebah,
Tinggalkan dosa dan juga salah,
Kepada Allah meminta taubah.
Wahai sahabat dan sahabiah,
Jangan sesekali tersalah langkah,
Teguhkan tauhid serta aqidah,
Usahlah diturut firqah yang salah.
Pergi ke Azhar naik tut tut,
Tambang mahal memang tak patut,
Ilmu agama wajib dituntut,
Walaupun jauh di sebarang laut,
Sarapan pagi ‘ish dan ful,
Makan bersama Ust Syamsul.
Hendaklah islam difaham syumul,
Seperti mana kehendak Rasul,
Siapa tak kenal Ust Manan,
Penjual ‘expert’ jam tangan,
Taat dan patuhlah pada pimpinan,
Selama Al-Quran jadi pegangan.
Bilangan banyak tidak berguna,
Bila ‘wahan’ datang menimpa,
Takutkan mati, cintakan dunia,
Sangat merosak iman di dada.
Ilmu agama beransur hilang,
Para ulama’ kian berkurang,
Ilmu dunia semakin cemerlang,
Jadi tumpuan semua orang.
Langkah Yahudi jangan diturut,
Jalan Nasrani jangan diikut,
Kenapa kita mesti melutut,
Kepada bangsa bersifat taghut,
Al-Quran itu kalam ilahi,
Pedoman hidup kekal abadi,
Hadis junjungan jangan dinafi,
Jika kita tidak mengerti.
Ramai insan tiada tujuan,
Bila agama sudah dilupakan,
Marilah kita cuba hidupkan,
Sunnah junjungan syariat tuhan.
Memang nafsu susah diatur,
Cinta dunia sudah dilebur,
Jangan biarkan hati ini lebur,
Nanti diseksa di alam kubur.
Jalan-jalan tepi perigi,
dalam perigi ada ikan keli,
Rasanya cukaplah setakat ini,
Moga jumpa dilain hari...
0 ulasan:
Catat Ulasan