Followers

Sedarkah kita


Sedarkah kita…diciptakan kita yang bernama manusia di atas muka bumi ini dengan sebaik-baik ciptaan.Firman Allah Taala dalam Al-Quran:

لَقَدْ خَلَقْنَا الإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).

Sedarkah kita…dijadikan kita oleh Allah Taala bukannya sia-sia, bukannya untuk melawan suruhan & arahanNya, bukannya hanya untuk beribadah kepadaNya, malahan dijadikan kita untuk mentadbir di bumi yang sementara ini..Firman Allah Taala:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".

Sedarkah kita..sesungguhnya amat berat tanggungjawab yang ditakhlifkan ini .Makhluk-makhluk ciptaan Allah yang lain takut untuk menerimanya.Namun, insan yang bernama manusia yang dikurniakan nafsu & akal ini sanggup menerimanya.. Ingatlah kita semua, jangan sesekali rasa berbangga atau rasa selasa dengan ‘title’ ini kerana di sana terdapat pembalasan terhadap sesiapa yang mengkhinatinya .. Firman Allah Taala dalam Al-Quran:
لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya Engkau melihat Gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. dan (ingatlah), misal-misal Perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.


Sedarkah kita...dikurnuiakan kita Aqal untuk mengurus dan menjalankan projek yang harus dilaksanakan ini ...dikurniakan kita Rasul sebagai pembimbing aqal yang dipengaruhi nafsu ini.. dikurniakan kita Al-Quran sebagai kertas kerja bagi rujukan segala permasalahan hidup ini..

Sedarkah kita..tiada lagi alasan untuk kita lari atau berdalih dari tugasan ini untuk kita jawab dihadapan Allah Taala di akhirat nanti.Semuanya telah tersedia untuk kita wahai insan yang bernama manusia...Berwaspadalah kita semua..

Ya Allah amat berat tanggungjawab ini …tidak mampu kami semua memegangnya tanpa nur taufiq, hidayah serta petunjuk daripadaMu…bantulah kami hamba yang lemah ini Ya Allah…Amin..

0 ulasan: