Followers

Zakat Bahan Ugutan?

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs766.snc4/66601_113634785366565_113451035384940_104345_3392857_n.jpg

Senyum Dalam Tangis



Oleh : Amin Menulis


Mungkin ramai yang tidak mengetahui disebalik keceriaan dan ketenangan wajah anak-anak Terengganu di Mesir sebenarnya mempunyai seribu kedukaan dan kesakitan yang terpaksa ditelan saban hari. Semuanya berpunca daripada penyalahgunaan dan penyelewangan yang dilakukan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar Terengganu Timur Tengah, Encik Kamal Bin Abdullah yang juga merupakan bekas ADUN Sura, Dungun Terengganu.


Untuk makluman semua, disini sudah ada persatuan pelajar yang juga merupakan Badan Kebajikan Anak Negeri yang diberi nama Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT). KPT telah ditubuhkan semenjak Tahun 1946, yang bertanggungjawab menaungi seluruh anak-anak Terengganu di Mesir. Sepanjang pemerintahan atau dibawah seliaan KPT, pelajar-pelajar hidup dengan aman dan tenang tanpa berlaku sebarang konflik dan kejadian yang tidak diingini. Namun suasana itu berubah bila beberapa orang pegawai di hantar kesini.


Hal Ehwal Pelajar jadi Hal Ehwal Politik


Pegawai-pegawai yang dihantar sepatutnya bertanggungjawab menguruskan Hal Ehwal Pelajar (HEP) tetapi malangnya lebih menumpukan Hal Ehwal Politik (HEP) disini. Amat malang bagi anak-anak Terengganu kerana mendapat pegawai yang tidak profesional dan tidak bertamadun ini. Saban tahun isu zakat menjadi topik yang tidak pernah selesai. Baik dari segi pengagihan mahupun jumlah zakat yang diterima.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs114.snc4/36053_101068956627798_100001740815247_6597_4266285_n.jpg
Dari kiri Encik Kamal Abdullah (Peg. HEP Terengganu) Prof. Dr. Jamil (Pengarah MSD(Malaysia Student Department Cairo/JPMK(Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah) Saudara Khairi Jalaluddin (Atase Pendidikan JPMK)

Pegawai juga jarang berada di pejabat kerana kerap pulang ke Malaysia dan sibuk urusan di Mansurah menyebabkan pelajar-pelajar susah ingin bertemu dengan pada bila-bila masa mahupun waktu pejabat.

Upah Zakat

Amat pelik bilamana seorang pegawai yang telah diberi gaji dan elaun masih mahu mengambil upah sebagai bayaran perkhidmatan menguruskan zakat anak-anak Terengganu disini. Adakah halal duit yang sepatutnya diberikan kepada asnaf penerima zakat diambil sebahagian tanpa kerelaan si penerima?

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs792.snc4/67270_113462805383763_113451035384940_103535_13769_n.jpg

Cuba bayangkan, sekiranya upah yang diambil daripada setiap mahasiswa/wi LE300 jika dijumlahkan daripada 300orang pelajar angkanya mencecah LE90000. Sungguh tidak bertamadun perkara yang dilakukan oleh seorang pegawai yang berstatuskan "ustaz" ini. Seorang yang berdegar-degar membicarakan soal agama dan hukum hakam Islam tetapi dalam masa yang sama melakukan kemaksiatan dan kezaliman kepada asnaf zakat yang telah dijamin oleh Allah swt hak-hak mereka.

Melari dan Memindahkan Pelajar-pelajar Baru

Sepanjang beliau dilantik menjadi pegawai HEP disini pelbagai masalah yang ditimbulkan, antaranya pada tahun 2009. Beliau telah "melarikan" pelajar-pelajar baru dibawah tajaan Yayasan Terengganu sebaik pelajar-pelajar tersebut sampai di bumi Mesir, tanpa memberikan hak yang sepatutnya untuk pelajar-pelajar baru ini berehat. Kekecohan telah berlaku

Pelajar-pelajar ini dibawa keluar daripada Kaherah untuk dibawa "makan angin." diluar Kaherah dan dikurung tanpa diberi makan dan tempat tinggal yang selesa. Apakah ini tanggungjawab seorang pegawai dalam menajga kebajikan anak-anak Terengganu di Mesir ini?


Kelewatan Penghantaran Borang Zakat Kepada MAIDAM

Pada tahun ini, anak-anak Terengganu sepatutnya menerima Zakat pada bulan September tetapi atas beberapa faktor penyerahan tersebut terpaksa dilewatkan pada akhir bulan Oktober. Sudahlah pelajar-pelajar ini hanya bergantung kepada bantuan zakat, bermakna bila berlaku kelewatan penyerahan duit zakat, pelajar-pelajar ini terpaksa meminjam dan menangguhkan perbelanjaan bulanan mereka. Bagi mereka yang tinggal di Kaherah dan Kompleks Asrama Darul Iman mungkin boleh bersabar kerana bangunan ini dimiliki oleh Yayasan Terengganu.

Tetapi bagaimana dengan anak-anak Terengganu di Muhafazah atau diluar Kaherah? Yang kesemua mereka menyewa rumah dan setiap bulan perlu menjelaskan sewa dan bil mereka kepada tuan rumah Arab yang tidak mahu bertolak ansur dengan sebarang kelewatan pembayaran dan jika ada sebarang kerosakan yang dialami.

Selepas KPT menanyakan sendiri kepada pegawai atas alasan apa kelewatan yang berlaku. Pegawai hanya menjawab masih ada pelajar yang belum menghantar borang zakat. Itu mungkin alasan yang cuba diberikan. Tetapi persoalan yang timbul ialah tarikh tutup penghantaran telah lama luput dan borang masih berada di pejabat manakala pegawai telah pulang ke Malaysia. Apa sebenarnya masalah yang berlaku sehingga borang yang sepatutnya boleh dihantar terus ke Pejabat MAIDAM tetapi ditinggalkan di Pejabat HEP sedangkan Pegawai Sendiri pulang ke Malaysia?

Syarat Tidak Masuk Akal

Tidak pernah sebelum ini atau ada mana-mana pegawai yang menetapkan setiap individu yang ingin memohon zakat perlu menyertakan plan dan lokasi rumah kediaman di Mesir. Apakah cerdiknya idea ini sehingga perlu menyertakan pelan/peta lokasi rumah mereka di Mesir?

Syarat ini tidak lain adalah untuk menyusahkan pelajar-pelajar ini memohon bantuan zakat. Dan syarat ini ditetapkan oleh pegawai sendiri. Amat bodoh dan bangang title yang boleh saya berikan andai alasan perletakan syarat tersebut adalah untuk memudahkan pegawai untuk kerumah pelajar-pelajar tersebut. Sedangkan pegawai boleh mengadakan pertemuan, majlis ramah mesra atau menghubungi terus nombor pelajar-pelajar ini sekiranya ingin bertemu dengan pelajar kerana sudah menjadi tugas dan tanggungjawab beliau untuk memudahkan urusan pelajar-pelajar bukan menyusahkan.

Satu Lagi Idea "Kurang Cerdik" Pegawai

Pada tahun ini, diwajibkan pula kepada seluruh penerima zakat untuk menyertai Kursus Bina Insan Gemilang yang bertempat di Hotel Cleopatra Iskandariah. Sedangkan sebelum-sebelum ini zakat diagihkan di Asrama Rumah Melayu Abbasiyah, (ARMA) Kaherah. Dimana, majoriti anak-anak Terengganu tinggal di Kaherah.

Dan umumnya mengenali dan mudah untuk sampai ke ARMA. Amat mengejutkan adalah penganjuran Kursus ini tidak dimaklumkan kepada Yang Dipertua Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir. Walaupun surat yang dikeluarkan di (S.K.) atas nama YDP, tetapi hakikatnya surat tersebut tidak pun sampai kepada beliau. Ini antara satu penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh pegawai HEP Terengganu ini.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs789.snc4/66959_113611262035584_113451035384940_104274_6464829_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs445.ash2/71825_113611195368924_113451035384940_104273_4616963_n.jpg

Persoalannya lagi, Kursus yang dianjurkan ini hanya mewar-warkan nama Hotel berlangsungnya majlis, tetapi tidak menyatakan secara detail dimana lokasi sebenar kursus ini berlangsung dan yang lebih membingungkan pengangkutan tidak disediakan.

Bagaimana pula dengan keselamatan mahasiswi?

Kursus bermula seawal jam 7.00 pagi. Untuk yang tinggal di Kaherah (majoriti tinggal di Kaherah) perjalan ke Iskandariah memakan masa 3 jam. Bermakna pelajar-pelajar ini perlu keluar seawal jam 3 pagi sekiranya ingin sampai sebelum jam 7pagi sedangkan pengangkutan dan tempat tinggal sebelum program tidak disediakan.

Kenyataan Rasmi YDP KPT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

KPT Mesir, 23 Oktober 2010 – Makluman kepada seluruh mahasiswa Terengganu Mesir yang dirahmati Allah S.W.T. Pihak Keluarga Penuntut -penuntut Terengganu Mesir dengan penuh rasa tanggungjawab ingin menyatakan pendirian berkenaan isu zakat yang telah berlaku kepada mahasiswa Terengganu Mesir.

Berkenaan dengan program Kursus Bina Insan Gemilang yang dijadualkan pada 25-26 Oktober 2010 untuk sesi pertama dan 26-27 Oktober 2010 untuk sesi kedua bagi melayakkan mahasiswa Terengganu untuk mendapat zakat yang telah dikenakan kepada penerima zakat, dengan ini pihak KPT Mesir ingin menyatakan pendirian berkenaan hal ini:

1) Pihak KPT Mesir menyatakan kekecewaan kepada pihak pengurusan program kerana tidak mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan pihak KPT Mesir seolah-olah menafikan tanggungjawab KPT Mesir dalam menjaga kebajikan ahli dan juga tidak mengiktiraf KPT Mesir yang telah berdaftar di bawah KBMK.

2) Pihak kami juga kesal atas tindakan pihak pengurusan program yang tidak menitikberatkan soal keselamatan
ahli terutamanya mahasiswi kerana tidak menyediakan pengangkutan ke program tersebut walaupun telah didesak oleh pihak KPT Mesir.

3) Walaubagaimanapun, pihak KPT Mesir tidak menghalang ahli untuk menghadiri program tersebut, kerana pihak kami merasakan bahawa itu adalah hak ahli untuk menentukannya.

4) Sebarang permasalahan atau kesulitan berkenaan dengan program ini, maka perlu merujuk kepada pegawai Terengganu.

Pihak KPT Mesir akan berusaha sedaya upaya untuk membantu dan meringankan permasalahan yang berlaku kepada mahasiswa Terengganu khususnya.Namun begitu pihak KPT tetap bekerjasama dengan pihak berwajib demi memastikan kebajikan mahasiswa terjaga.

Sekian, terima kasih.

“BERILMU DAN BERAMAL”
“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”

MOHD RIDUAN BIN ABU BAKAR
Yang Dipertua,
Keluarga Penuntut -penuntut Terengganu Mesir,
sesi 2010/2011.

0 ulasan: