Followers

Khusyuk Dalam Solat

• Solat adalah wasilah yang terbesar dalam mengusahakan tazkiyatun-nafs.

• Solat apabila ditunaikan dengan baik, sempurna dan tertib dapat mengusir sifat takabur, melenyapkan sifat ujub dan menghilangkan rasa ghurur atau terpedaya dengan perasaan hati sendiri.


• Solat yang ditunaikan dengan tertib dan sempurna juga dapat menghapuskan kemahuan dan keinginan untuk melakukan semua kemungkaran dan segala kekejian dan kejahatan.

• Solat yang sempurna dapat menimbulkan edaran (spiral growth) yang terbesar untuk menyucikan jiwa serta menumbuhkan akhlak yang luhur.

• Kekhusyukan itu adalah tanda orang-orang yang berbahagia. Hilangnya kekhusyukan bererti rosak dan hancurnya kesucian hati dan runtuhnya kemuliaan yang terdapat pada diri. Hilangnya kekhusyukan itu adalah alamat lenyapnya kehidupan dalam kalbu. Apabila kamu telah meraih ilmu kekhusyukan maka jangan sekali ditinggalkan.

“Solat itu hanyalah yang ada padanya ketenangan hati dan kerendahan diri” – Hadis

• Maksud yang terpenting dalam solat ialah munajat kepada Allah atau bercakap-cakap secara langsung berhadapan dengan-Nya.

• Kesempurnaan batin dalam menunaikan solat: Hadir hati, memahami makna, mengagungkan, segan sebab takut, mengharap dan ada perasaan malu.


Hadir hati ialah mengosongkan hati dari segala sesuatu yang bukan sepatutnya atau berangan-angan yang tidak perlu. Hadir hati bermaksud jangan membiarkan fikiran berputar ke sana ke mari kecuali ke HadiratNya sahaja. Bawalah fikiran kepada apa yang dijunjung tinggi tanpa terlupa dan dilalaikan oleh hal-hal yang lain.
Sifat hati, ia akan mengikut himmah/cita-cita yang tinggi. Kehadiran hati akan muncul dengan sendiri bila anda memiliki himmah yang keras. Cara untuk menghadirkan hati ialah dengan menolak gangguan-gangguan sebelum ianya datang dan memutuskan sebab-sebab timbulnya godaan. Cara mendapatkan tafahum ialah dengan cara menerima semua pemikiran yang mengarah ke arah pemahaman tersebut.

Raja’ ialah mengharapkan keredhaan-Nya serta pahala yang akan diperolehi di akhirat nanti.
Seorang hamba akan mengharap dan memakrifati kehalusan kehendak Allah serta kemuliaan-Nya dan mengingati bahawa Allah Maha Benar dalam segala janjinya.

Haya’ ialah adanya perasaan kurang berhati-hati atau kurang perhatian dalam sesuatu perkara kemudian mempunyai sangkaan kuat bahawa ia berdosa kerana melakukannya.
Seorang hamba itu perlu malu kerana adanya perasaan kurang berhati-hati dalam masalah ibadat. Ia dapat diperkuatkan dengan bermakrifat mengenai cela dan aibnya diri sendiri, kurang keikhlasan serta batin dirasakan amat kotor dan hatinya lebih condong untuk mendapatkan bahagian yang kosong yakni memperoleh harta dunia sebanyak-banyaknya dengan cara mencari yang tidak dibenarkan dan diredai oleh Allah.

Ta’zim mengetahui dengan penuh keyakinan bahawa Allah itu Maha Agung dan mengingat bahawa diri sendiri amat hina dan rendah darjatnya.

Haibah yang disertai dengan takut timbul dari kemakrifatan mengenai qudrat dan kekuasaan Allah yang dapat memerintahkan apa sahaja yang dikehendaki olehNya.

• Setiap orang yang mengaku mukmin hendaklah mengagungkan Allah, takut kepada-Nya, mengharap pahala besar daripada-Nya, merasa malu sebab kurang hati-hati dalam melaksanakan perintah dan menjauhi larangan-Nya.

Menekuni pergerakan solat dari awal sehingga akhirnya

• Pejamkan matamu dari segala macam hal yang berkeliaran di sekeliling atau solat di tempat yang gelap atau dekat dengan dinding, tempat yang sempit di rumah.

• Apabila mendengar azan hadirkanlah hatimu dan bayangkanlah bagaimana dahsyat dan sengsaranya seluruh umat manusia termasuk kamu di dalamnya pada hari Kiamat kemudian bergegas-gegas mendatangi tempat solat.

• Adab batiniah dalam menutup aurat ialah memerintahkan jiwamu menutupi noda dan aib yang memalukan sejak di dunia sampai ke akhirat. Penawar untuk mengubati aib dan noda yang memalukan itu ialah dengan rasa menyesali diri sendiri, merasa malu dan takut. Hendaklah merasakan dirimu sangat hina dan rendah, sedang hatimu berdiam dengan tenang di bawah naungan sikap yang memalukan tadi.

• Bayangkanmu ibarat seorang hamba yang sedang bersalah serta mengakui kesalahannya akhirnya sedar dan kembali ke tempat tuannya sambil menundukkan kepala sebab malu dan ketakutan pada hukuman yang bakal diterima.

• Adab batiniah dalam menghadap kiblat ialah dengan menghadap hati kepada Allah dengan meninggalkan penglihatan kepada hal-hal selain-Nya. Ini dapat terlaksana apabila hati sudah dikosongkan dari segala macam pemikiran dan angan-angan yang tidak ada sangkut-paut dengan apa yang dilakukannya.

Kosongkan hati sanubarimu sebelum bertakbir.

• Semasa i’tidal hendaklah kepala yang paling tinggi kedudukannya dari anggota badan yang lain itu direndahkan, kelihatan tunduk sebagai hamba merendahkan diri. Peringatkan hatimu supaya terus menerus merendah dan merasa hina.

• Apa yang perlu diingat pada masa itu ialah betapa besarnya penderitaan yang akan dihadapi semasa berhadapan dengan Allah nanti di hari akhirat.

* Petikan daripada buku Bimbingan Mukmin Imam Ghazali

1 ulasan:

amar90 berkata...

Salam..menarik2..mabruk