Followers

Malam yang penuh bermakna


Alhamdulillah syukur kehadratmu Ya Allah kerana memilih diriku yang kerdil ini berada dalam Majlis Kutub Sittah anjuran PMRAM yang ku kira amat bermakna dalam hidup ini..mane tidaknya hati ini amat gembira lantaran para Ulama' turut serta dalam majlis berkenaan.hati ini tenang bersama pewaris nabi dalam mendengar taujihat dan pesanan yang bisa membelah hati-hati yang kian mati ini....Ya Allah hidupkan hati-hati kami ini seperti mereka.kami selalu lalai dalam mengingatimu Ya Allah.

Antara ulama' yang datang ialah:




-Syeikh Dr Ali Jumuah(mufti mesir)
- Syeikh Muhammad Ibrahim Al Kattani
- Syeikh Dr. Jamal Farouq
- Syeikh Saad Jarwish
- Syeikh Dr. Yusri Rushdi Al Sayyid Jabr Al Hasani
- Syeikh Dr. Usamah Al Azhari

Saya lihat beberapa orang peserta sebak dan menangis apabila Syeikh Saad Saad Jawish berucap. Beliau membawa kepada kami satu hadith bahawa Rasulullah pada satu hari telah diperlihatkan oleh Allah dunia seluruhnya dari timur hingga ke barat. Beliau menyatakan bahawa berkemungkinan mata Rasulullah juga telah melihat Malaysia yang akhirnya menerbitkan semangat juang untuk mempertahankan Islam dan mencintai Rasulullah dalam jiwa anak-anak Muslim di Malaysia.

Subhanallah. Malam tadi air-air mata itu berguguran laju apabila hati-hati pemiliknya diketuk agar mencintai Rasulullah. Syeikh Usamah sendiri menangis apabila cinta Rasulullah dilahirkan.

Ya Allah. Saya rindu dan cinta pada Baginda.

Akhirnya selepas solat Isyak, Fadhilat al-Mufti Syeikh Ali Jum`ah tiba. Kami semua seperti tidak percaya bahawa beliau ada di hadapan mata kami. Semua yang hadir berdiri menghormati ulama besar ini yang telah melahirkan ramai para ulama Mesir yang pakar dalam bidang yang pelbagai.

Subhanallah. Malam tadi malam yang cukup mengharukan. Setiap bilah kalam para ulama yang hadir menggamit kami untuk mencintai Rasulullah serta mempertahankan pusaka Rasulullah. Subhanallah. Al-Azhar -demi tuhan Kaabah- telah memupuk jiwa kami untuk rindu dan cinta pada Rasulullah. Air mata ini mengalir lagi.

Ya Allah. Berkatilah para masyaikh kami. Lapangilah hidup mereka. Berkatilah mereka. Tanamkanlah dalam jiwa kamu cintakan Nabi dan cintakan para ulama. Jadikanlah kami orang yang bersungguh-sungguh menggali ilmuMu dari dada para ulama. Jadikanlah kami manusia yang akan meredah jahiliyyah lalu kami kotakan Islam dan kamu junjung serta kami mahkotakan Islam.

Ya Allah. Kami menjadikanMu, para malaikatMu dan makhluk seluruhnya bahawa kami mencintaiMu dan mencintai NabiMu.

Terimalah Ya Allah.

**************


Tahniah buat PMRAM dan seluruh individu yang telah bercekal dan berlelah dalam menjayakan program ini. Teringat dengan apa yang diucapkan oleh Syeikh Yusri pada kami sewaktu majlis berenti rehat "Kamu telah mula menghidupkan kembali sunnah pembacaan Kutub Sittah ini, maka kamu jangan menutupnya".

Semoga PMRAM akan terus tabah dan bersemangat untuk memimpin tangan-tangan anak-anak Melayu di Mesir ini agar serius dalam menuntut dan menjiwai ilmu. Tahniah buat semua.

2 ulasan:

Cinta Agung berkata...

Sepanjang sya di Mesir, inilah kenangan yang paling manis yang akan dibawa pulang ke Malaysia kelak.Alhamdulillah

mujahidulislam_217 berkata...

ya..ana pun rase begitu..rase sgt bertuah dapat bersama2 dengan pada masyikh2 Al-Azhar.semuanya hebat2 blake.untuk maklmn,insyaalah pembacaan ktb sittah ini akan diteruskan pda stiap ari selasa bermula selepas asar hingga isyak di masjed ar-rahman nirrahim.ianya terbuka pada semua org bkn peserta baru ni je.jadi jomlah kite semua rebut peluang ini.