Followers

Lumrah Seorang Mujahid…

Ketahuilah wahai saudaraku…. cubaan, rintangan & mehnah keatas dirimu adalah sunnatullah dalam perjuangan ini. Ianya telah dinyatakannya di dalam Al-Quran dengan mafhum firmanNya.

“ Alif lam mim , Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja untuk mengaku bahawa telah beriman’ dan sedangkan mereka tidak diuji ? sesunguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum kamu, maka sesunguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesunguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”

{surah Al Ankabut. 1-3}

Di dalam Hadis dinyatakan :

اشدالناس بلاء الأنبياءثم الأمثل فالأمثل

“Orang paling berat dicuba ialah para nabi , kemudian yang paling baik selepasnya , kemudian orang yang paling baik selepas itu.”

Ketahuilah wahai saudaraku…mana mungkin orang yang dikasihi Allah ini dapat hidup selesa di dunia ini kerana ganjarannya syurga Allah..

حفت الجنة بالمكاره وحفت النار بالشهوات

Jalan syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat.

Ketahuilah wahai saudaraku… dalam meniti liku dan lurah-lurah perjalanan ini kalaulah seseorang da’ei tidak berada di bawah lindungan Allah SWT , tidak berpegang pada sunnah NabiNya , tidak bertawakal kepadaNya dan tidak berhubung terus kepadaNya maka sebenarnya dia sedang berada di ambang bencana dan musibah yang besar . Rasulullah S.A.W telah berpesan akan cabaran dan dugaan – dugaan yang bakal dihadapi oleh para Mukmin , Da’ei dan Mujahid dijalan Allah SWT .

Baginda bersabda :

المؤمن بين خمس شدائد؛

مؤمن يحسده ومنافق يبغضه وكافر يقتله وشيطان يضله ونفس تنازعه

“Orang mukmin sentiasa diambang lima dugaan yang susah

  1. Mukmin yang dengki padanya .
  2. Munafik yang benci padanya .
  3. Kafir yang memeranginya.
  4. Syaitan yang menyesatkan.
  5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya.

Dalam Hadis ini, Rasulullah S.A.W telah menghuraikan tentang fitnah dan mehnah yang bakal ditimpa ke atas para da’ei supaya mereka dapat berhati-hati dan bersiap sedia . Sayugianya, hendaklah kita semua menyiapkan bekalan yang secukupnya agar tidak futur dalam perjuangan yang mulia ini…

Ya Allah tetapkanlah hati ini di jalan yang diredhaimu..Amin..


0 ulasan: