Followers

Rapatkan Saff kukuhkan Ukhuwwah.


Berdiri sempurna sesebuah rumah dengan lengkapnya sekalian bahan binaannya. Baik tiangnya,batu –batanya mahupun pasir-pasir halus yang saling melengkapi antara satu sama lain. Mana mungkin sesebuah rumah itu dikatakan lengkap jika bertiang namun tidak berdinding ataupun beratap. Mana mungkin sesebuah rumah itu dikatakan sempurna jika tiada pintu dan tingkapnya. Mana mungkin sesebuah rumah itu dikatakan selamat jika tiada pagar yang memagarinya…

Sedarlah kalian, jemaah ini juga memerlukan orang-orangnya yang saling lengkap melengkapi. Baik dari pihak atasan ataupun ketua mahupun orang bawahan. Persefahaman yang mantap antara keduanya saling diharapkan agar tegaknya sesuatu perkara berdasarkan apa yang dibawa oleh junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Musuh ketat kita yang bernama Syaitan sentiasa membius virus-virus yang merbahaya agar api kebencian dan dendam kesumat dapat disemai dalam hati para pejuang. Dia tidak senang apabila kita berukuwwah atas dasar aqidah islam yang satu.

Kekuatan ukhwwah merupakan teras dalam perjuangan. Di sana terdapat kemanisan dalam perjuangan jika disertakan ukuwwah fillah yang mantap. Ayuh padamkan secepat mungkin api fitnah yang membinasakan. Kekuatan ukhuwwah bisa memadamkannya..Yakinlah!!!

Sejarah islam telah membuktikan bahawa kekuatan teras dalam berjemaah adalah dengan berukhuwwah fillah. Strategi pertama junjungan Nabi Muhammad S.A.W dalam mempersiapkan sebuah Negara lslam ialah mempersaudarakan para sahabat dari golongan Muhajirin dan Ansar. Ukhuwwah yang dibina ini mampu melahirkan para sahabat yang sanggup berkorban demi islam. Mana mungkin seseorang itu sanggup berkorban demi islam jika ukuwwah yang mantap tidak terjalin.

Peliharalah wadah perjuangan suci ini dari panahan iblis yang membinasakan. Korbankan perasaan dan kepentingan diri mahupun dunia andai ia membuatkan jamaah terpelihara, lantaran pengorbanan adalah prasyarat kemenangan perjuangn suci ini.

Pengorbanan tenaga dan wang ringgit barangkali mudah bahkan lebih mudah jika dibandingkan korban perasaan terutama saat berdepan keputusan yang tidak memihak kepada kemahuan dan kehendak kita. Sungguhpun demikian, menerima pandangan syura (mesyuarat) sebagai contoh adalah sebahagian dari ketaatan yang dituntut dalam islam agar amal jamaie dapat dilaksanakan.

Warnailah ukhuwwah yang dibina ini atas dasar aqidah yang sebenarnya agar kepentingan yang lain dapat dibuang sama sakali. Bukan atas dasar wang ringgit yang menggunung mahupun rupa paras yang menggoda. Berlapang dada(salamatus sodri), persamaan(musaawah) dan melebihkan orang lain(Al-Ithar) merupakan peringkat ukhuwwah yang perlu dipraktikkan. Ayuh kita tautkan kembali ukhuwwah yang terbina agar matlamat mendirikan daulah islam yang sejahtera dapat dicapai dan digapai.Takbir!!!


Mohd Azarul Aiman Bin Mohd Rosli.

Hayyu 'Asyir,Kaherah

Mesir.

Category: ,

0 ulasan: