Followers
Apakah itu Usrah?
Usrah berasal dari perkataan Arab yang ertinya keluarga. Ia merupakan satu proses pentarbiyyahan individu muslim secara berkumpulan bagi menghayati dan memahami agama Islam secara syumulnya dan seterusnya melahirkan generasi yang soleh dan solehah. Usrah bukanlah semata-mata suatu pertemuan yang diadakan sebagai medan perbincangan ilmu atau peringatan tetapi sebenarnya lebih itu. Firman Allah SWT:Maksudnya.
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)”.
Al-Ma'idah (5:2)
Asal usulnya bagaimana?
Sebenarnya konsep usrah ini telah dipelopori oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Sirah telah membuktikan bahawa baginda sendiri telah berusrah bersama-sama para sahabat di rumah Al-Arqam Abi Al- Arqam ketika permulaan agama Islam di kota Mekah. Konsep usrah ini seterusnya telah dihidupkan semula oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna setelah kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924.
Rukunnya apa eh..?
- Ta`aruf ( Berkenalan )
- Tafahum ( Bersefahaman )
- Takaful ( tolong – menolong )
Kenapa mesti Usrah? Bagaimana pentarbiyyahan yang lain?
Usrah dianggap sebagai tunjang tarbiyyah kerana cara ini paling berkesan berbanding cara pertarbiyyahan yang lain seperti kuliah, forum, ceramah, tamrin dan sebagainya.Kata murabbiku..
“Invividu yang lahir dari pentarbiyyahan secara usrah yang istiqomah berbeza sekali dengan individu yang hanya menyertai kem-kem pentarbiyyahan”
Usrah juga dapat memupuk ukhwwah atau persaudaraan sesama kita dengan lebih utuh kerana di sana terdapat perhubungan dua hala atau berbentuk perbincangan yang sihat antara naqib dan ahli. Firman Allah Taala:
Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Al-Hujurat: 10)
Menerusi cara sebegini juga, seseorang itu dapat memaksimumkan kefahaman mereka berkenaan sesuatu perkara mengenai agama Islam dengan lebih efisen dan pantas.
Kesimpulannya.
Tarbiyyah bukanlah suatu proses pembelajaran ilmu semata-mata. Ia menuntut kepada perubahan pada diri seseorang. Kepentingan tarbiyyah kepada ahli-ahli gerakan Islam tidak boleh dinafikan lagi. Sedarlah saudara,diantara sekian banyak cara tarbiyyah, usrah adalah yang paling penting dan berkesan sekali. Justeru itu, ia amat perlu dihidupkan dengan sebaiknya dan mengikut kaedahnya yang sebenar. Semua pimpinan dan ahli-ahli bertanggungjawab di dalam hal ini. Adapun cara-cara tarbiyyah yang lain adalah tidak kurang pentingnya, tetapi ia hanyalah sebagai pelengkap atau tambahan kepada program tarbiyyah yang bersifat harian atau mingguan.
Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada kita untuk memahami dan menghayati Islam yang sebenarnya. Amin…

ayuh sama-sama kita ringankan tangan untuk menyumbang pada saudara seAgama dengan kita di sana.. untuk maklumat lanjut sila klik [sini]

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon lepasan SPM yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma secara Penuh Masa di Manhal-HPA (Sg. Petani) bagi sesi kemasukan Julai 2010 dalam bidang :
- 1. DIPLOMA SYARI’AH ISLAMIYAH
- 2. DIPLOMA USULUDDIN
- 3. DIPLOMA TAKHASSUS QIRAAT
Syarat Kelayakan :
- Terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia
- Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran DAN lulus mana-mana 2 mata pelajaran berikut ;
- Pendidikan Islam
- Tasawwur Islam
- Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Bahasa Arab Komunikasi, ATAU
- Lulus salah satu pengajian peringkat sijil berikut :
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), atau
- Sijil Tinggi Agama yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Negeri, atau
- Sijil Empat Thanawiy, atau
- Kelulusan lain yang setaraf dengan Sijil Tinggi Agama serta diperakui oleh pihak Manhal-HPA, atau
- Kelulusan lain yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (bagi bukan warganegara) yang diperakui oleh pihak Manhal HPA.
Permohonan boleh dikemukakan menggunakan borang yang boleh didapati
di mana-mana cawangan HPA atau muat turun melalui web : http://www.hpa.com.my/manhal/manhal.zip
Hantarkan permohonan lengkap bersama dokumen yang diperlukan kepada :
BAHAGIAN KEMASUKAN/RAKOD PELAJAR
Pengurusan Maahad Al-Ihsaniah (Manhal-HPA Sg. Petani)
No. 11, Tingkat 1, Jalan Cempaka 1/1, Bandar Amanjaya, 08000 Sg. Petani, Kedah
Tel : 04-4419094 Faks : 04-4419254
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MEI 2010

Keputusan bagi pengundian calon BP PMRAM telah diumumkan oleh Pengarah SPR. Berikut ialah senarai calon dan bilangan undian mereka :
1. Ustaz Muhammad Yusof Abd Kadir : 861 (menang)
2. Ustaz Mohd Zahid bin Abu Bakar : 848 (menang)
3. Ustaz Abdul Aziz bin Ali : 826 (menang)
4. Ustaz Muaz bin Syukri : 173
5. Ustaz Aminuddin bin Alias : 226
6. Ustaz Syeikh Mujahid bin Syeikh Nawawi : 860 (menang)
7. Ustaz Mohd Faizuddin bin Ghazali : 877 (menang)
8. Ustaz Mohammad al Hidayat bin Khalid : 861 (menang)
9. Ustaz Hanif bin Haron : 158
10. Ustaz Solehuddin bin Mohd Safien : 852 (menang)
11. Ustaz Ahmad Huzaifah Fauzi : 821 (menang)
12. Ustaz Firdauz bin Noh : 830 (menang)
Jumlah ahli PMRAM yang layak mengundi = 1445 orang
Jumlah ahli yang keluar mengundi = 920 orang (63.7%)
Undi Rosak = 8
p/s : wahai pejuang agama Allah kami sentiasa berada dibelakang kalian semua..bersiap sedialah kalian untuk turun ke medan pertempuran. Tingkatkan ketaqwaan & keimanan kamu dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Ingatlah kalian adalah pejuang agama Allah..Teruskan berjuang. TAKBIR!!!
Kubuka pantun dengan Bismillah,
Agar kita mendapat berkah,
Hendaklah kita bermuhasabah,
Amal ditingkat taqwa ditambah,
Pelajar’ medic’ semakin bertambah,
Pelajar Azhari semakin rebah,
Tinggalkan dosa dan juga salah,
Kepada Allah meminta taubah.
Wahai sahabat dan sahabiah,
Jangan sesekali tersalah langkah,
Teguhkan tauhid serta aqidah,
Usahlah diturut firqah yang salah.
Pergi ke Azhar naik tut tut,
Tambang mahal memang tak patut,
Ilmu agama wajib dituntut,
Walaupun jauh di sebarang laut,
Sarapan pagi ‘ish dan ful,
Makan bersama Ust Syamsul.
Hendaklah islam difaham syumul,
Seperti mana kehendak Rasul,
Siapa tak kenal Ust Manan,
Penjual ‘expert’ jam tangan,
Taat dan patuhlah pada pimpinan,
Selama Al-Quran jadi pegangan.
Bilangan banyak tidak berguna,
Bila ‘wahan’ datang menimpa,
Takutkan mati, cintakan dunia,
Sangat merosak iman di dada.
Ilmu agama beransur hilang,
Para ulama’ kian berkurang,
Ilmu dunia semakin cemerlang,
Jadi tumpuan semua orang.
Langkah Yahudi jangan diturut,
Jalan Nasrani jangan diikut,
Kenapa kita mesti melutut,
Kepada bangsa bersifat taghut,
Al-Quran itu kalam ilahi,
Pedoman hidup kekal abadi,
Hadis junjungan jangan dinafi,
Jika kita tidak mengerti.
Ramai insan tiada tujuan,
Bila agama sudah dilupakan,
Marilah kita cuba hidupkan,
Sunnah junjungan syariat tuhan.
Memang nafsu susah diatur,
Cinta dunia sudah dilebur,
Jangan biarkan hati ini lebur,
Nanti diseksa di alam kubur.
Jalan-jalan tepi perigi,
dalam perigi ada ikan keli,
Rasanya cukaplah setakat ini,
Moga jumpa dilain hari...




