Followers


10 SEBAB KENAPA ULAMA' kena menerajui PARTI..

KAMI tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden hendaklah diisi oleh ulama'. KAMI ada alasan dan hujah.
Satu - Semangat Kepimpinan Ulama’.Semangat ini perlu diterjemahkan secara praktikal. Paling praktikal ialah dengan menjadikan dua jawatan tertinggi parti ini dipegang oleh ulama’.
Dua - Timbalan Presiden Adalah Presiden.Ketika ketiadaan atau keuzuran Presiden, Timbalan Presiden adalah Presiden. Atas semangat Presiden adalah ulama’ maka pemangkunya ketika sebarang kemungkinan perlulah seorang ulama’ agar semangat kepimpinan ulama’ itu sentiasa segar.
Tiga - Kemampuan Ilmu Syarak.Presiden atau Timbalan Presiden mesti seorang yang berkemampuan tinggi menyelesaikan masalah jamaah atau masalah umat berdasarkan peraturan syarak. Mampu merujuk masalah yang rumit dan halus daripada sumber-sumber yang muktabar. Hanya ulama’ yang mampu melakukan itu semua.
Empat - Pas Adalah Gerakan Islam.Pas bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah gerakan Islam. Kemampuan pemimpin tertingginya membawa Pas menghayati ruh sebuah gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan Islam.
Lima - Tiada Cacatnya Timbalan Presiden Adalah Ulama’.Semenjak sekian lama dua jawatan utama itu dipegang oleh ulama’ dengan gandingan Yusof Rawa Fadhil Noor, Fadhil Noor Abdul Hadi dan Abdul Hadi Nasharuddin, tidak timbul masalah besar. Kalau Timbalan Presiden sekarang bermasalah, itu adalah masalah individu terbabit bukan masalah ulama’. Jangan korbankan ulama’ kerana individu.
Enam - Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan Ulama’?Sistem pendidikan kita bukan seperti sistem pendidikan di Mesir atau negara-negara Arab yang lain. Sekadar contoh, jurutera atau doktor mereka menguasai Fiqh, Usul Fiqh, Tafsir, Usul Tafsir, Hadis dan Mustalah Hadis dan ilmu-ilmu syarak yang lain. Tetapi jurutera dan doktor kita sebahagian besarnya adalah asing dengan disiplin ilmu itu. Memang ada yang boleh berbahasa Arab, tetapi kemampuan berbahasa sahaja bukan bermakna berupaya menguasai semua disiplin ilmu itu.
Tujuh - Kita Perlu Berbeza Dengan Orang Lain.Parti sahabat kita atau parti saingan kita tidak meletakkan ulama’ sebagai tunggak. Sesiapa sahaja boleh berada di hierarki tertinggi parti-parti itu. Mengapa kita perlu sama dengan mereka? Lebih baik dan lebih bermakna kita kekalkan kelainan dan keunggulan kita.
Lapan - Kita Bakal Mundur Ke Belakang.Kita sedang mara dengan identiti kita sendiri. Masyarakat bukan Islam menerima kita dengan identiti kita ini. Adakah, setelah kita diterima dengan begitu baik dengan identiti itu, kita ingin mundur ke belakang semula? Kemudian selepas beberapa puluh tahun, kita ingin gagaskan semula kepimpinan ulama’ apabila parti kita tidak lagi menghayati ruh itu?
Sembilan - Buatlah Kerja Masing-masing Dan Buktikan Kecemerlangan Masing-masing.Mereka yang berada di kerusi Naib Presiden sekarang hendaklah meneruskan kecemerlangan masing-masing. Adakah tugas anda sebagai Naib Presiden sudah benar-benar selesai sehingga anda perlu mara dengan jawatan yang lebih tinggi? Kemudian setelah itu anda perlu mara lagi dengan jawatan yang lebih tinggi sebagai Presiden pula, hebat benarkah anda?
Sepuluh - Kewajipan Kita Ialah Memperkukuh Institusi Ulama’ Dan Memartabatkan Ulama’.Majlis Syura Ulama’ masih ditahap seperti dahulu, tidak berkuku dan tidak berbisa. Ketrampilan semangat kepimpinan ulama’ melalui Majlis Syura Ulama’ tidak terserlah langsung. Dalam suasana sebegini, maka semangat kepimpinan ulama' perlu diterjemahkan dengan dua jawatan tertinggi parti.Isunya di sini bukan individu tertentu. Tiada siapa menafikan jasa dan sumbangan sesiapa, tetapi adakah jasa itu perlu dibalas dengan meletakkan mereka di kerusi yang lebih tinggi semata-mata kerana kita tidak berpuashati dengan seseorang sehingga kita sanggup menjadi seperti orang lain.Orang lain itu siapa? Ya, parti yang tidak meletakkan ulama’ di hierarki utama kepimpinan parti mereka.Sesiapa pun boleh berada di dua kerusi tertinggi itu, asalkan dia adalah seorang ulama’.Pemuda Pengkalan Chepa

Ahlan Wasahlan

Assalamualikum...pertama-tamanya diucapkan selamat datang kepada sahabat-sahabat sekalian kerna sudi ziarah ke blog saya ini..moga-moga dengan sedikit usaha saya ini dapat dijadikan antara salah satu wasilah untuk kita sama-sama menyebarkan dakwah agama islam yang tercinta ini di atas muka bumi ini Insya Allah. segala komen atau saranan daripada sahabat-sahabat sekalian amat saya alu-alukan bagi meningkatkan lagi mutu penulisan saya ini....

Khusyuk Dalam Solat

• Solat adalah wasilah yang terbesar dalam mengusahakan tazkiyatun-nafs.

• Solat apabila ditunaikan dengan baik, sempurna dan tertib dapat mengusir sifat takabur, melenyapkan sifat ujub dan menghilangkan rasa ghurur atau terpedaya dengan perasaan hati sendiri.


• Solat yang ditunaikan dengan tertib dan sempurna juga dapat menghapuskan kemahuan dan keinginan untuk melakukan semua kemungkaran dan segala kekejian dan kejahatan.

• Solat yang sempurna dapat menimbulkan edaran (spiral growth) yang terbesar untuk menyucikan jiwa serta menumbuhkan akhlak yang luhur.

• Kekhusyukan itu adalah tanda orang-orang yang berbahagia. Hilangnya kekhusyukan bererti rosak dan hancurnya kesucian hati dan runtuhnya kemuliaan yang terdapat pada diri. Hilangnya kekhusyukan itu adalah alamat lenyapnya kehidupan dalam kalbu. Apabila kamu telah meraih ilmu kekhusyukan maka jangan sekali ditinggalkan.

“Solat itu hanyalah yang ada padanya ketenangan hati dan kerendahan diri” – Hadis

• Maksud yang terpenting dalam solat ialah munajat kepada Allah atau bercakap-cakap secara langsung berhadapan dengan-Nya.

• Kesempurnaan batin dalam menunaikan solat: Hadir hati, memahami makna, mengagungkan, segan sebab takut, mengharap dan ada perasaan malu.


Hadir hati ialah mengosongkan hati dari segala sesuatu yang bukan sepatutnya atau berangan-angan yang tidak perlu. Hadir hati bermaksud jangan membiarkan fikiran berputar ke sana ke mari kecuali ke HadiratNya sahaja. Bawalah fikiran kepada apa yang dijunjung tinggi tanpa terlupa dan dilalaikan oleh hal-hal yang lain.
Sifat hati, ia akan mengikut himmah/cita-cita yang tinggi. Kehadiran hati akan muncul dengan sendiri bila anda memiliki himmah yang keras. Cara untuk menghadirkan hati ialah dengan menolak gangguan-gangguan sebelum ianya datang dan memutuskan sebab-sebab timbulnya godaan. Cara mendapatkan tafahum ialah dengan cara menerima semua pemikiran yang mengarah ke arah pemahaman tersebut.

Raja’ ialah mengharapkan keredhaan-Nya serta pahala yang akan diperolehi di akhirat nanti.
Seorang hamba akan mengharap dan memakrifati kehalusan kehendak Allah serta kemuliaan-Nya dan mengingati bahawa Allah Maha Benar dalam segala janjinya.

Haya’ ialah adanya perasaan kurang berhati-hati atau kurang perhatian dalam sesuatu perkara kemudian mempunyai sangkaan kuat bahawa ia berdosa kerana melakukannya.
Seorang hamba itu perlu malu kerana adanya perasaan kurang berhati-hati dalam masalah ibadat. Ia dapat diperkuatkan dengan bermakrifat mengenai cela dan aibnya diri sendiri, kurang keikhlasan serta batin dirasakan amat kotor dan hatinya lebih condong untuk mendapatkan bahagian yang kosong yakni memperoleh harta dunia sebanyak-banyaknya dengan cara mencari yang tidak dibenarkan dan diredai oleh Allah.

Ta’zim mengetahui dengan penuh keyakinan bahawa Allah itu Maha Agung dan mengingat bahawa diri sendiri amat hina dan rendah darjatnya.

Haibah yang disertai dengan takut timbul dari kemakrifatan mengenai qudrat dan kekuasaan Allah yang dapat memerintahkan apa sahaja yang dikehendaki olehNya.

• Setiap orang yang mengaku mukmin hendaklah mengagungkan Allah, takut kepada-Nya, mengharap pahala besar daripada-Nya, merasa malu sebab kurang hati-hati dalam melaksanakan perintah dan menjauhi larangan-Nya.

Menekuni pergerakan solat dari awal sehingga akhirnya

• Pejamkan matamu dari segala macam hal yang berkeliaran di sekeliling atau solat di tempat yang gelap atau dekat dengan dinding, tempat yang sempit di rumah.

• Apabila mendengar azan hadirkanlah hatimu dan bayangkanlah bagaimana dahsyat dan sengsaranya seluruh umat manusia termasuk kamu di dalamnya pada hari Kiamat kemudian bergegas-gegas mendatangi tempat solat.

• Adab batiniah dalam menutup aurat ialah memerintahkan jiwamu menutupi noda dan aib yang memalukan sejak di dunia sampai ke akhirat. Penawar untuk mengubati aib dan noda yang memalukan itu ialah dengan rasa menyesali diri sendiri, merasa malu dan takut. Hendaklah merasakan dirimu sangat hina dan rendah, sedang hatimu berdiam dengan tenang di bawah naungan sikap yang memalukan tadi.

• Bayangkanmu ibarat seorang hamba yang sedang bersalah serta mengakui kesalahannya akhirnya sedar dan kembali ke tempat tuannya sambil menundukkan kepala sebab malu dan ketakutan pada hukuman yang bakal diterima.

• Adab batiniah dalam menghadap kiblat ialah dengan menghadap hati kepada Allah dengan meninggalkan penglihatan kepada hal-hal selain-Nya. Ini dapat terlaksana apabila hati sudah dikosongkan dari segala macam pemikiran dan angan-angan yang tidak ada sangkut-paut dengan apa yang dilakukannya.

Kosongkan hati sanubarimu sebelum bertakbir.

• Semasa i’tidal hendaklah kepala yang paling tinggi kedudukannya dari anggota badan yang lain itu direndahkan, kelihatan tunduk sebagai hamba merendahkan diri. Peringatkan hatimu supaya terus menerus merendah dan merasa hina.

• Apa yang perlu diingat pada masa itu ialah betapa besarnya penderitaan yang akan dihadapi semasa berhadapan dengan Allah nanti di hari akhirat.

* Petikan daripada buku Bimbingan Mukmin Imam Ghazali

Tangisanmu Palestin

Palestin,
Engkau umpama kucing yang kelaparan,
Memanggil umat Islam untuk bangkit berjihad,
Tetapi seruanmu itu umpama darahmu yang mengalir dialiran badanmu,
Hanya sedikit sahaja yang mendengar rintihanmu itu,
Mereka bangun dengan hanya satu tujuan yang nyata.

Al-Aqsa,
Dinihari engkau menangis,
Kesucian engkau dihina dan dinjak-injak begitu sahaja,
Tanpa ada rasa sifat peri kebendaan dan kemanusiaan,
Engkau dibakar,
Engkau diroboh sedikit demi sedikit,
Tetapi umat dunia ini tidak menyedari,
Terus lalai dalam kemewahan dan kesenangan hidup ini.

Rakyat Palestin,
Janganlah engkau risau dengan jihadmu itu,
Kerna Allah sentiasa ada disisimu,
Yahudi Laknatullah ini akan menerima azab-Nya yang tidak pernah berhenti.

Janganlah engkau gelisah,
Allah akan sentiasa menjaga kota yang letaknya masjid suci yang ketiga ini.
Malaikat akan sentiasa bersamamu wahai rakyat Palestin yang beriman,
bagi menegakkan kebenaran dan syiar agama yang teragung ini.
Tiada agama lain yang diterima-Nya selain Islam.

Oh Muslim,
bangunlah daripada lenamu yang sudah panjang lamanya.
Bukakanlah seluas-luas matamu.

Bukakanlah.
Rakyat Palestin tidak mahu sumbangan harta,
Tidak mahu wang berjuta-juta,
Mereka mahu umat Islam bersatu,
Bersatu berjihad untuk Islam.
Syahid menunggumu oh Mujahidin sekalian.
Berdirilah, Rapatkan tapak kakimu ke tanah,
Teguhkanlah kekuatanmu untuk Islam.

Allahuakbar!!