Followers

Tenangkan hatimu dengan berzikir....

Bakal Santapan Seharianku

ROTI ARAB!!!



Bahan-bahan

2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 g yis
500g tepung gandum


Cara-cara

1. Mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam

2. tepung di gaul dengan yis

3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental

4. Perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup

5. Uli semula dan buat bulat-bulat dalam 18 biji

6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm

7. panaskan minyak dan goreng sebiji-sebiji, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.

8. Sedia untuk dihidangkan.


Saiz hidangan : 10 orang

P/S :buat sahabat-sahabtku yang akan ke Mesir terutama ikhwan blajo la memasak..6ti takde dah Orang nak masak kt kite ni...hmmm sedap nyer...


cube yer..jangan tak cube..Salamat Memasak

Sumber: http://resepi.iluvislam.com/v1/articles.php?article_id=392

Penyakit Orang Berilmu.



Dinihari ramai yang kalah dalam menangkis arus cabaran hidup..baik yang jahil mahupun yang berilmu.Adakala yang berilmu sombong dengan ilmu yang sedikit Allah berikan padanya..tidak lupa juga si jahil yang sombong untuk menuntut ilmu mengangap dirinya banyak ilmu.Mereka inilah yang sebenarnya yang merosakkan ummat ini.Kadangkala diriku berfikir sejenak mengenangkan perihal ummat sekarang ini.Mereka sibuk untuk mengubati penyakit-penyakit zahir mereka walaupun dihabiskan berjuta-juta untuknya tanpa membicarakan sedikit pun untuk membasmi penyakit hati yang melanda dalam diri..disini saya menyenaraikan antara penyakit-penyakit yang sering melanda diri orang yang berilmu..marilah sama-sama kita hindarinya.

• Enggan menuntut ilmu sesudah menuntut ilmu.
• Merasakan diri ini mempunyai banyak ilmu.
• Selalu bercakap dengan manusia menggunakan bahasa yanag tinggi.
• Kurang menjaga adab-adab ilmu.
• Menuntut ilmu demi kepentingan diri.
• Menolak kepelbagaian ilmu samada ilmu dunia /ilmu akhirat.
• Malas berjuang dan berdakwah.
• Tidak menghormati pendapat orang lain.
• Tiada ukhuwwah yang mantap & selalu bersengketa dalam diam.
• Sombong untuk bertanya,meminta maklumat dan pendapat dari orang lain.

MALAYSIA KALAH TIPIS..

“Woi…hebat jugak”.itulah jeritku apabila mendengar berita ini.Pada mulanya, diriku menidakkan berita ini kerana anggapanku pasukan bola sepak Malaysia pasti kalah dengan teruk kali ini.. lLebih-lebih lagi mereka berhadapan dengan pasukan yang digeruni dunia dalam arena bola sepak. Siapa tak kenal dengan Mu..bukan Manek Urai , tapi Mancester United.. Namun ianya terbukti dihadapanku setelah berita ini terpampang ruangan utama akhbar hari ini..sekalung Tahniah kuucapkan!!!

Ustaz Harun Taib: Pakatan Rakyat berdasarkan Peristiwa Hudaibiyah


BESUT – Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Dato’ Ustaz Harun Taib berkata Tahaluf Siyasi yang melibatkan kerjasama antara PAS dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) adalah berdasarkan hukum yang dilaksanakan RasuluLlah SAW dalam Perjanjian Hudaibiyah.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Dailog Pimpinan PAS Bersama Rakyat yang diadakan di Kampung Gelam Mas, Kota Putra di sini semalam.

Menurutnya PAS tidak memakai hukum yang lain daripada ajaran Islam dalam kerjasama Pakatan Rakyat, tetapi mengguna pakai hukum yang dibuat oleh Nabi (Muhammad) SAW dalam peristiwa Hudaibiyah,

"Dalam perjanjian (Hudaibiyah) Nabi membuka peluang, ada dua blok, blok Quraisy dan blok Nabi, sesiapa yang nak masuk blok Quraisy boleh, sesiapa nak masuk blok RasuluLlah boleh,"

”Bani Bakar masuk blok Quraisy, Bani Qida’ah masuk blok RasuluLlah, macam sistem dua parti, sesiapa nak masuk parti Muhammad boleh walaupun dia tidak masuk Islam,”ujarnya.

Katanya, PAS berpakat dengan PKR dan DAP bukan kerana sukakan atau membantu melaksanakan dasar parti-parti tersebut, tetapi dengan pakatan itu dapat membantu PAS melaksanakan dasar-dasar Islam.

Sebaliknya, kata beliau, UMNO dalam gabungan Barisan Nasional (BN) bukan hendak melaksanakan Islam, tetapi gabungan parti-parti itu menyebabkan Islam semakin terhakis.

”Beza (dengan) UMNO dia campur (gabung dalam BN), bukan semakin (mahu) melaksanakan Islam, tetapi (Islam) semakin nak habis (terhakis),

”baru (baru) ini nak pinda Undang-undang Keluarga Islam, mujur juga ada Raja-raja Melayu (yang menhalang) jadi tak boleh nak buat,”katanya.

http://nikhassanazmi.blogspot.com
Category: 0 ulasan

Ku dilema…

Argh..pening kepalaku memikirkan perkara ini..nak tercabut otak ni rasenye..baru-baru ini pihak yayasan sudi untuk memberi pinjaman padaku..pada mulanya agak gembira juga menerima berita ini.namun, hatiku mula resah apabila mendengar saranan & cadangan dari sahabat-sahabat yang berada di bumi anbiya’ sana..antara rungutan mereka..”ish2 tak payah ambik la pinjaman tu..belanja tak banyak mane, dalam Rm 200 je cukup doh sebulan.dok kebuluran eh”..”dok soh ambik la..nanti nyusoh ke enta pulok nak bayar smula nanti”…”eh.!!baik enta tolok, nanti susoh la pulok nak berpersatuan..dok bebas weh…”. Yang jadi masalahnya, ibu bapa pada dasarnya lebih mengharapkan jaminan yang berterusan bagi penyedian kewangan bagi anak-anak mereka...jadi ..macamnae??? apakah keputusan yang perlu kubuat….

pengebumin jenazah Micheal menjadi persoalan

Teka-teki bagaimana Micheal Jackson akan dikebumikan terjawab dengan penemuan wasiat yang baru ditemui oleh keluarganya. Pengkembumiannya dibuat di Staples Center L.A Selasa ini.

MIchael JacksonLOS ANGELES - Michael Jackson telah beragama Islam . Ikon muzik pop terkenal dunia itu beragama Islam dan berkemungkinan besar akan dikebumikan mengikut cara Islam .

"Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya," lapor aceshowbiz.

"Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam," kata sumber itu.

Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu.

Terdapat banyak permintaan dari peminat dan blog-blog yang mana penulisnya beragama Islam meminta Allahyarham dikebumikan cara dan ditanah perkuburan Islam. Namun sehingga kini masih menjadi persoalan.

Ish..Ish.. SB rupanya.



Kali ini ahli parlimen, Hj Wahid Endut & Yahya Ali menjemput diriku bersama-sama beberapa rakan seperjuanganku yang lain untuk makan malam di restoren..Saya berasa amat bertuah sekali.Kami bertolak kira-kira pukul 8.15 mlm untuk mencari sesuai restoran yang sesuai..kata yahya Ali biar sesuai la dengan Standard ahli Parlimen..hihi.
Jalan menjadi sesak disebabkan polis peronda yang begitu ramai..akhirnya kami sampai di sebuah restoran setelah puas mencari. Kami memilih meja yang agak besar bersesuaian dengan bilangan kami yang agak ramai..
Setelah memesan hidangan.,Hj Wahid Endut memulakan bicaranya..banyak sungguh cerita berkenaan isu-isu semasa yang diutarakan..antaranya berkenaan sidang di parlimen, isu Perak ,Isu Stadium runtuh…katanya juga ,belanja untuk membaikpulih semula stadium menelan belanja sekali ganda daripada belanja asal..ish.2 ,membazir sungguh puok-puok Bn ni.
Sedang asyik-asyik kami bersua, tiba-tiba datang sekumpulan lelaki yang berserban siap dengan tasbih ditangannya datang ke meja kami..ku fikir boleh jadi awok2 tabligh ni..salah seorang daripada mereka menyapa Hj Wahid Endut..cik ni asal mane?bukan duduk Terengganu ke? soal lelaki berkenaan.Aik!!! macam mane mereka boleh tahu.maju orang tabligh ni..boleh jadi mereka ni kumpulan tabligh moden kot..lalu, Hj Wahid Endut menjawab soalannya dengan bersahaja..ku juga berasa agak pelik kerna bersama –sama mereka lelaki yang bertopi sudu(topi cap)..ku fikir mana logik orang tabligh boleh berjalan bersama dengan puok-puok macam ni..hmmm..mataku liar mengekori setiap gerak-geri mereka…Akhirnya mereka beredar dari meja kami..kehairananku bertambah apabila mereka menggunakan sebuah kereta yang kukira tidak sepadan dengan mereka ini.. sejurus itu,mereka terus beredar dengan seribu persoalan dibenakku.
Lalu Hj Wahit Endut bertanya kapada kami..”Tahu dok sape tu.?? Klu nak tahu, tu la SB..puok-puok ni pandai sungguh menyamar..dari tadi saya tengok mereka asyik memasang telinga mendengar perbualan kita..”…”ows..begitu rupanya”bentak hatiku.Apa la..nak jadi apa dengan mereka ni..mencari maklumat untuk peruntuhkan islam..tergamok ngoh mereka wak gitu..
Setelah puas bebicara., hidangan yang yang dipesan pun sampai setelah sejam menunggu.hmm..lame sunggoh, boleh jadi chef kat kedai ni cuti kot, tinggal chef simpanan je…kami seterusnya menikmati juadah dihadapan kami…Alhamdulillah.