Followers

Penyakit Orang Berilmu.



Dinihari ramai yang kalah dalam menangkis arus cabaran hidup..baik yang jahil mahupun yang berilmu.Adakala yang berilmu sombong dengan ilmu yang sedikit Allah berikan padanya..tidak lupa juga si jahil yang sombong untuk menuntut ilmu mengangap dirinya banyak ilmu.Mereka inilah yang sebenarnya yang merosakkan ummat ini.Kadangkala diriku berfikir sejenak mengenangkan perihal ummat sekarang ini.Mereka sibuk untuk mengubati penyakit-penyakit zahir mereka walaupun dihabiskan berjuta-juta untuknya tanpa membicarakan sedikit pun untuk membasmi penyakit hati yang melanda dalam diri..disini saya menyenaraikan antara penyakit-penyakit yang sering melanda diri orang yang berilmu..marilah sama-sama kita hindarinya.

• Enggan menuntut ilmu sesudah menuntut ilmu.
• Merasakan diri ini mempunyai banyak ilmu.
• Selalu bercakap dengan manusia menggunakan bahasa yanag tinggi.
• Kurang menjaga adab-adab ilmu.
• Menuntut ilmu demi kepentingan diri.
• Menolak kepelbagaian ilmu samada ilmu dunia /ilmu akhirat.
• Malas berjuang dan berdakwah.
• Tidak menghormati pendapat orang lain.
• Tiada ukhuwwah yang mantap & selalu bersengketa dalam diam.
• Sombong untuk bertanya,meminta maklumat dan pendapat dari orang lain.

0 ulasan: