Followers

Ish..Ish.. SB rupanya.



Kali ini ahli parlimen, Hj Wahid Endut & Yahya Ali menjemput diriku bersama-sama beberapa rakan seperjuanganku yang lain untuk makan malam di restoren..Saya berasa amat bertuah sekali.Kami bertolak kira-kira pukul 8.15 mlm untuk mencari sesuai restoran yang sesuai..kata yahya Ali biar sesuai la dengan Standard ahli Parlimen..hihi.
Jalan menjadi sesak disebabkan polis peronda yang begitu ramai..akhirnya kami sampai di sebuah restoran setelah puas mencari. Kami memilih meja yang agak besar bersesuaian dengan bilangan kami yang agak ramai..
Setelah memesan hidangan.,Hj Wahid Endut memulakan bicaranya..banyak sungguh cerita berkenaan isu-isu semasa yang diutarakan..antaranya berkenaan sidang di parlimen, isu Perak ,Isu Stadium runtuh…katanya juga ,belanja untuk membaikpulih semula stadium menelan belanja sekali ganda daripada belanja asal..ish.2 ,membazir sungguh puok-puok Bn ni.
Sedang asyik-asyik kami bersua, tiba-tiba datang sekumpulan lelaki yang berserban siap dengan tasbih ditangannya datang ke meja kami..ku fikir boleh jadi awok2 tabligh ni..salah seorang daripada mereka menyapa Hj Wahid Endut..cik ni asal mane?bukan duduk Terengganu ke? soal lelaki berkenaan.Aik!!! macam mane mereka boleh tahu.maju orang tabligh ni..boleh jadi mereka ni kumpulan tabligh moden kot..lalu, Hj Wahid Endut menjawab soalannya dengan bersahaja..ku juga berasa agak pelik kerna bersama –sama mereka lelaki yang bertopi sudu(topi cap)..ku fikir mana logik orang tabligh boleh berjalan bersama dengan puok-puok macam ni..hmmm..mataku liar mengekori setiap gerak-geri mereka…Akhirnya mereka beredar dari meja kami..kehairananku bertambah apabila mereka menggunakan sebuah kereta yang kukira tidak sepadan dengan mereka ini.. sejurus itu,mereka terus beredar dengan seribu persoalan dibenakku.
Lalu Hj Wahit Endut bertanya kapada kami..”Tahu dok sape tu.?? Klu nak tahu, tu la SB..puok-puok ni pandai sungguh menyamar..dari tadi saya tengok mereka asyik memasang telinga mendengar perbualan kita..”…”ows..begitu rupanya”bentak hatiku.Apa la..nak jadi apa dengan mereka ni..mencari maklumat untuk peruntuhkan islam..tergamok ngoh mereka wak gitu..
Setelah puas bebicara., hidangan yang yang dipesan pun sampai setelah sejam menunggu.hmm..lame sunggoh, boleh jadi chef kat kedai ni cuti kot, tinggal chef simpanan je…kami seterusnya menikmati juadah dihadapan kami…Alhamdulillah.
Category:

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sedapp rr, makan sokmo duk dinung....

Mohd Azarul Aiman Bin Mohd Rosli berkata...

memang doh..klu nak makan durian, mari r sni..blambok lana sni..

Naseh Ulwan berkata...

owoh..
jeles guh ambe..
mane aci g2..